7 Faktor Rambut Gugur
Berikut adalah antara faktor yang menyebabkan rambut gugur berlaku di kalangan lelaki & wanita:
1-Penggunaan bahan kimia secara berlebihan. Ada yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Akibatnya, rambut gugur terjadi.
2-Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita). Ramai ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambur mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku. Selain itu, hormon yang tidak stabil di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
3-Faktor seterusnya adalah genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama berdasarkan faktor genetik.
4-Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
5-Mempunyai masalah angin badan yang serius.
6-Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya. Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.
7-Gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
Kepakaran kami adalah untuk menjadikan wanita-wanita semua cantik,sihat, anggun dan bergaya. Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan spa wajah,resdung, sauna dan urutan tradisional dari SeriMawar de' Beaute n Spa. Juga bermacam-macam produk kecantikan ada di jual di Spa ini. Khidmat rundingan dan nasihat kecantikan di sediakan secara percuma.Kecantikan bukan hanya pada dari luaran sahaja, rawatan dalaman juga perlu di ambil perhatian. Kak Eina sedia membantu anda. Terima kasih.
Salam sis..
ReplyDeleteNak share experience rambt gugur. saya pernah alami masalah rambut berminyak yang teruk dan rambut gugur. Lepas saya makan vitamin E Shaklee alhamdulillah hilang pulak masalah tu sampai sekarang. Kulit pun lembap lembut je tak kering macam sebelum ni. Mungkin sbb tu la shampoo ada kandungan vitamin E.
p/s: Jemput berkunjung ke blog laman jahitan saya di http:puanhamidahburham.blogspot.com