Teks : Roslina Ghazali
Khasiat Buah Delima
Buah delima sangat sedap dimakan dan menganti pelbagai khasiat. Antara khasiat yang terkandung dalam buah delima ialah:
1. ANTIOKSIDAN
Buah delima mengandungi jumlah antioksidan dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Antioksidan berfungsi melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan manusia. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung1 dan alzheimer.
2. BAIK UNTUK JANTUNG
Buah delima dapat melindungi jantung. Kajian menunjukkan jus yang terhasil dari buah delima mampu mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan strok.
3. MENURUNKAN KADAR KOLESTROL
Buah delima juga dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Ini kerana antioksidan dalam buah delima dikatakan dapat mengurangkan kadar LDL (kolestrol jahat) dalam badan dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
4. MENCEGAH KANSER
Buah delima dapat mencegah dan mengubati kanser. Sebagai contoh:
a) Jus buah delima dapat mencegah dan menghancurkan sel-sel kanser payudara.
b) Ekstrak biji delima dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
c) Membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat.
5. KAYA VITAMIN C
Selain sedap, buah delima juga kaya dengan Vitamin C. Sebiji buah delima boleh menyumbangkan kira-kira 40 % jumlah vitamin C yang diperlukan oleh badan manusia dewasa. Selain itu ia juga kaya dengan folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
Kepakaran kami adalah untuk menjadikan wanita-wanita semua cantik,sihat, anggun dan bergaya. Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan spa wajah,resdung, sauna dan urutan tradisional dari SeriMawar de' Beaute n Spa. Juga bermacam-macam produk kecantikan ada di jual di Spa ini. Khidmat rundingan dan nasihat kecantikan di sediakan secara percuma.Kecantikan bukan hanya pada dari luaran sahaja, rawatan dalaman juga perlu di ambil perhatian. Kak Eina sedia membantu anda. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment