Saturday 21 December 2013

Alumni SMTSR

Teks: Roslina Ghazali

Assalamualaikum wbt

Rasanya sudah beberapa minggu saya meninggalkan catatan di blog saya ini. Kesibukan di musim cuti sekolah ini tidak menang tangan dibuatnya. Macam-macam perkara dan aktiviti perlu di uruskan. Menghadiri kursus-kursus sebagai menambah ilmu, menghadiri majlis-majlis perkahwinan jauh dan dekat, menerima tempahan dari pelanggan untuk ber'spa' tidak dapat dielakkan juga di musim-musim begini. Dan yang paling saya suka ialah apabila saya menerima jemputan reunion oleh rakan-rakan sekolah menengah dulu iaitu Sekolah Menengah Tun Sharifah Rodziah atau sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Rodziah, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah.


Inilah sekolahku
Hari ini saya ingin kongsikan kegembiraan saya tika mengadakan majlis reunion ini. Saya dan kawan-kawan mengadakan majlis reunion untuk para pelajar yang menduduki SPM dari tahun 1977 hingga tahun 1984. Bagi saya dan kawan-kawan yang menduduki SPM tahun 1982 bermakna sudah 30 tahun kami terpisah. Sukar di gambarkan bagaimana perasaan saya untuk menanti tibanya hari tersebut. Bermacam-macam perasaan ada hingga malam pun terasa lambat sangat untuk tiba ke siangnya.

Hari yang ditunggu tiba iaitu 16hb.Disember 2013, jam10.00 pagi bertempat di DGCC, Jitra, Kedah. Saya rasa saya yang paling awal tiba iaitu sejam sebelum majlis bermula tapi rupanya ada lagi mereka yang lebih awal tiba. Apa lagi terus saya meluru untuk bertemu. Masing-masing meneka dalam kesamaran, siapa gerangan.


Mereka yang tiba lebih awal
Dalam masa sekejap sahaja ruang cafe telah penuh. Bermacam-macam ragam dan gaya dapat dilihat. Setiap peserta di bekalkan sedikit buah tangan sebagai kenangan. Inilah reaksi di permulaan hari tersebut.

Pendaftaran

pelukan erat melepaskan kerinduan 30 tahun

Puan Hajjah Che Wan selaku Pengelola Majlis
 Majlis hari itu dimulakan dengan ucapan aluan pengelola majlis dan bacaan doa.  Kemudian di susuli dengan potongan pulut kuning oleh rakan yang paling lama berada di SMTSR iaitu Puan Che Embut (SPM1977) dan salah seorang rakan yang menyambut hari lahirnya pada hari tersebut iatu Puan Jamilah.



potongan pulut kuning oleh bekas pelajar paling senior

Adik-adik yang membantu dalam tayangan slide

Sambil menikmati makanan yang disediakan kami di perlihatkan pula tayangan 'slide'. Tayangan 'slide' memaparkan kehidupan persekolahan kami baik disekolah mahupun di asrama. Tayangan tersebut amat menyentuh perasaan dan begitu menghiburkan kami semua. Sambil makan kesempatan bergambar dan bertukar-tukar cerita antara kami semua amat berjalan dalam amat menyeronokkan. Riuh rendah jadinya dengan hilai tawa dan gurau senda..

Asyik menikmati tayangan slide





 Acara kemuncak ialah di mana acara mengimbau kenangan lalu. Kami di pilih secara rawak untuk memilih kad-kad soalan yang di sediakan.Kami perlu menjawab soalan berdasarkan kad yang di pilih. Macam-macam cerita yang diimbau oleh rakan-rakan yang terpilih. Memandangkan sekolah kami semuanya pelajar perempuan, jadi kami tidak kekok melakukan apa sahaja. Apa lagi bagi yang tinggal di asrama. Banyak cerita -cerita lucu dari mereka dan sungguh menyeronokkan.
Salah seorang bekas pelajar yang terpilih untuk bercerita


Bersama bekas pelajar senior yang juga bekas rakan sekerja
Bersama rakan sekelas

Sebelum majlis berakhir, sessi fotografi  di adakan. Sememangnya ini adalah reunion pertama dari kami yang dihadiri oleh lebih 60 orang bekas pelajar. Dan kami merancang untuk  mengadakan lagi untuk kali kedua tahun hadapan di sekolah kami pula.




Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.





No comments:

Post a Comment