Monday 14 July 2014

Jom Kurus Dengan GC Max

Teks : Roslina Ghazali

Hari ini admin akan kongsikan satu produk yang baru di lancarkan untuk dapatkan bentuk badan yang cantik tanpa memudaratkan. Walaupun masih baru tapi sambutan amat menggalakkan kerana keberkesanannya. Penurunan berat badan dapat di lihat dalam sebulan pengambilan. 



Bagaimana cara pengambilannya:
Tidak susah pun , cuma amalkan dua sudu setiap hari. Yang penting minum air 4 gelas. Lebih banyak air lebih baik untuk proses penurunan berat badan. 


testimoni pengambilan GC Max

Back to nature (Rawatan Spa Wajah Berasaskan Timun Dan Tomato)

Teks: Roslina Ghazali


Assalamualaikum
Sempena menjelangnya Aidilfitri yang tidak berapa lama lagi, admin ada membuat promosi spa wajah menggunakan bahan semulajadi iaitu tomato dan timun. Bagi yang berminat untuk merasai bagaimana wajah kita menjadi lebih cerah dan licin setelah membuat rawatan ini, bolehlah menghubungi admin untuk perkhidmatan ini.

Selain menggunakan tomato dan timun, pelanggan boleh merasai bagaimana seronoknya apabila wajah di scrub menggunakan produk yang dihasilkan dari getah teratai dan susu kambing. Juga mask dari sprulina atau rumpai laut digunakan. Memang terasa segar, cerah dan lembut sekali.



Admin juga membuat promosi dimana setiap rawatan spa wajah admin akan berikan rawatan percuma untuk rawatan spa kaki.. Apa di tunggu lagi..ambillah peluang ini untuk cantik bergaya di hari raya.. 


Sunday 9 March 2014

Kenapa Rambut Gugur?

7 Faktor Rambut Gugur 

Berikut adalah antara faktor yang menyebabkan rambut gugur berlaku di kalangan lelaki & wanita:

1-Penggunaan bahan kimia secara berlebihan. Ada yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Akibatnya, rambut gugur terjadi.

2-Perubahan hor
mon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita). Ramai ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambur mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku. Selain itu, hormon yang tidak stabil di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.

3-Faktor seterusnya adalah genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama berdasarkan faktor genetik.

4-Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.

5-Mempunyai masalah angin badan yang serius.

6-Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya. Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.

7-Gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.

KHASIAT BAWANG

Khasiat bawang...murah tapi berkesan

Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yang lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2. Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit. Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yang telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah. Doktor amat tertarik dan meminta untuk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut. Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.

Kes kedua ialah disebuah kedai gunting rambut yang banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya. Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yang telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.

Kes ketiga seorang yang terkena pneumonia menemukan artikel yang mengatakan untuk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dengan garpu pada salah satu hujungnya. Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit. Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya. Bawang merah yang berfungsi sebagai magnet yang menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.

Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteria dan antiseptik yang amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dengan cara yang betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yang menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.

Satu kajian keatas haiwan mendapati anjing tidak boleh memakan bawang merah kerana perut anjing tidak dapat mengolah bawang merah. Harap diingat, adalah berbahaya menghiris bawang merah dan menggunakannya untuk memasak pada hari berikutnya.

Nak sihat senang, nak sakit lagi senang.....

Granada Oil For Beauty


Granada Oil For Beauty dari Giffarine merupakan campuran bersama delima dan ARGAN.

DIHASILKAN DARI POHON/POKOK ARGAN @ Argania spinosa..

Apa itu argan?
Pokok argan tumbuh hanya di Maghribi. Berhampiran pantai dan merupakan kawasan yang di lindungi. Ianya kemudian diproses menjadi minyak yang boleh digunakan untuk tujuan kosmetik.
 
Manfaat 

Manfaat Granada Oil For Beauty adalah tidak hanya terhad kepada kulit, rambut dan kuku, tetapi juga untuk kesihatan badan dalaman. Ia juga untuk melegakan dan memberikan kelegaan daripada kesakitan yang disebabkan oleh penyakit sendi dan artritis. Minyak ini mempunyai kesan positif terhadap kolesterol dan aterosklerosis. Ia membantu melindungi sistem kardiovaskular.
Secara semula jadi, ia menyegarkan semula kulit, melembap, tindakan terhadap kekeringan dan penuaan kulit. Boleh digunakan sebagai krim malam untuk semua jenis kulit. Granada Oil For Beauty menjana semula kulit semasa tidur dan memerangi penuaan kulit apabila di sapu diwaktu malam sebelum tidur. Ia juga dapat menguatkan akar rambut, menyegarkan semula kulit kepala dan menjadikan rambut lebih bersinar dan amat lembut sekali.

Granada Oil For Beauty begitu wangi dan sesuai untuk semua peringkat usia dan semua jenis kulit..juga boleh digunakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..




Hubungi 01115623362 untuk pertanyaan..

Ulasan Kelas Asas Blog Dan Fanpage

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya juga melengkapkan tugasan 44 entri yang diberikan oleh mentor saya walaupun memakan masa yang agak lama untuk menyiapkannya. Sebenarnya untuk menyiapkan tugasan ini bergantung kepada individu itu sendiri kerana ianya memerlukan momentum dan komitmen yang tinggi dan ada protege yang hanya memerlukan masa hanya seminggu sahaja, tidak mustahil kan jika kita bersungguh-sungguh. Terima kasih kepada mentor saya Puan Anys Idayu Zakaria kerana banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Beliau begitu sabar melayan dan menjawab setiap soalan yang diutarakan oleh protege-protege beliau. Sejujurnya saya memang tidak tahu menahu selok-belok dunia "berblogging" ini, hanya tahu "search" maklumat dan baca blog-blog orang lain sahaja dan kini saya mampu memiliki blog dan fanpage sendiri. Beliau sentiasa ada untuk membantu dan menunjukkan langkah demi langkah serta tidak lokek untuk berkongsi ilmu.

Setelah memiliki blog dan fanpage sendiri, Alhamdulillah saya mampu menjana pendapatan yang lebih sedikit dari biasa. Saya juga rasa gembira bila ramai yang membaca blog dan fanpage dan ingin mengetahui tentang produk jualan saya serta mendapat khidmat nasihat tentang kesihatan dan kecantikan walau secara maya sahaja. 

Tanpa mentor yang betul ibarat melalui sebuah lorong yang gelap, tanpa diberitahu apa-apa tentang lorong itu dan tidak ada lampu suluh, tidak ada lilin serta peralatan untuk mempertahankan diri. Jika kita dibimbing oleh seorang mentor, dia ibarat penunjuk jalan kerana mereka sudah mengharungi lorong yang gelap itu dan tahu akan selok-belok lorong tersebut. Sudah tentu kita akan rasa lebih selamat dan yakin jika mentor ada untuk menemani kita melalui lorong yang gelap itu. Dengan adanya mentor, InsyaAllah perjalanan dalam dunia perniagaan akan menjadi mudah dan lebih lancar,mereka juga sering kali berkongsi network dan sentiasa membantu antara satu sama lain.

Saya berasa sangat bertuah kerana terpilih dan terpanggil untuk menyertai kelas asas blog dan fanpage ini kerana bukan sahaja saya dapat mengutip ilmu tetapi dapat menikmati kelebihan-kelebihan dalam kelas ini serta dapat menjalinkan ukuwah bersama ahli-ahli dalam akademi berkerja dari rumah ini. Jika anda ingin merasai kelebihan-kelebihan dalam akademi ini apa tunggu lagi jom daftar sekarang pasti anda berpuas hati kerana banyak pakej-pakej yang ditawarkan dalam akademi ini.

Khasiat Buah Delima

Teks : Roslina Ghazali

Khasiat Buah Delima

Buah delima sangat sedap dimakan dan menganti pelbagai khasiat. Antara khasiat yang terkandung dalam buah delima ialah: 





1. ANTIOKSIDAN
Buah delima mengandungi jumlah antioksidan dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Antioksidan berfungsi melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan manusia. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung1 dan alzheimer.


2. BAIK UNTUK JANTUNG
Buah delima dapat melindungi jantung. Kajian menunjukkan jus yang terhasil dari buah delima mampu mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan strok.

3. MENURUNKAN KADAR KOLESTROL
Buah delima juga dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Ini kerana antioksidan dalam buah delima dikatakan dapat mengurangkan kadar LDL (kolestrol jahat) dalam badan dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).

4. MENCEGAH KANSER
Buah delima dapat mencegah dan mengubati kanser. Sebagai contoh:
a) Jus buah delima dapat mencegah dan menghancurkan sel-sel kanser payudara.
b) Ekstrak biji delima dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
c) Membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat.

5. KAYA VITAMIN C
Selain sedap, buah delima juga kaya dengan Vitamin C. Sebiji buah delima boleh menyumbangkan kira-kira 40 % jumlah vitamin C yang diperlukan oleh badan manusia dewasa. Selain itu ia juga kaya dengan folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E. 

Friday 7 March 2014

Aquara Spray Dan Jus Delima Giffarine

Text Roslina Ghazali

Hari ini saya ingin kongsikan testimoni oleh anak saya sendiri. Anak saya pengidap asma, sinus dan allergic.. antibodinya juga lemah dan beliau kerap demam. Seawal usia 3 tahun setiap tahun 2 @ 3 kali dia akan masuk dan keluar wad untuk dapatkan rawatan..paling tidak untuk dimasukkan oksigen atau dapatkan rawatan terapi. Dan semestinya paling singkat masuk wad untuk 4 hari.


 Bila masuk sekolah, semakin kerap beliau diserang demam dan penat..Bila asma atau penat menyerang, pasti cikgu akan suruh bawanya balik.. Doktor mengatakan asmanya akan hilang bila usianya menginjak belasan tahun  namun tidak menggalakkannya menggunakan pam oksigen di sekolah.

 Hampir setahun yg lalu saya mengambil keputusan menjadi ahli Giffarine dan bermula dari situ saya cuba berikan anak saya jus delima di waktu pagi dan malam hari. Sebelum tidur saya spraykan aquara spray ke mukanya. Pada mulanya memang saya lihat beliau akan mengeluarkan banyak lendir dan kahak di pagi hari.. Selama 6 bulan saya lihat semakin hari makin kurang lendir dan kahaknya..malah bila beliau aktif bermain..tiada lagi rasa mengah dan batuk2 ..( petanda asma akan menyerang.) 





Hari ini anak saya dah boleh bermain bola, badminton, mengayuh basikal dan berlari2 di padang tanpa masalah lagi...Saya merasa amat bersyukur dengan perubahan ini..dan sekarang dia sendiri telah menjadikan minum jus delima dan spray aquara sebagai rutin hariannya..




T.kasih Giffarine.. dan sebagai hambaNya kita hanya mampu berusaha..dan saya amat bersyukur... syukur alhamdulillah.. saya tidak perlu risau lagi melepaskan dia ke sekolah atau keluar bermain..kini, sudah hampir setahun juga beliau tidak lagi dimasukkan ke wad... ubat yg dibekalkan pada beliau hampir setahun dulu juga tidak habis digunakan..dan tidak lagi saya berikan.. Hanya amalkan jus delima dan spray aquara sebagai ganti...

Boleh hubungi saya jika berminat : 01115623362