Saturday 21 December 2013

Urut untuk hilangkan tekanan

Teks: Roslina Ghazali

TEKANAN sering kali dialami kebanyakan kita apa bila bekerja, belajar dan dalam mejalani kehidupan seharian. Beban di tempat kerja yang tiada kesudahan menyebabkan kita mudah sakit kepala, badan terasa lesu dan cepat marah.

Saban hari kita berkerja hingga kadang kala melebihi 12 jam daripada waktu bekerja dan tentunya membuatkan tubuh badan letih serta lemah. Lebih merumitkan lagi sikap kita sendiri yang tidak mengambil berat faktor senaman.

Sebenarnya pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengurangkan tekanan. Ada yang melakukannya dengan beriadah bersama keluarga, bersenam, mengunjungi spa dan cara yang paling senang dan cepat ialah berurut. Kuasa dan keajaiban sentuhan urutan memang tidak dinafikan mempunyai banyak manfaat serta memberi kesan yang begitu mendalam, bukan saja pada fizikal malah minda dan jiwa individu.Urutan jika dilakukan dengan teknik yang betul boleh menurunkan kadar degupan jantung, merendahkan tekanan darah, meningkatkan aliran darah, merehatkan otot-otot dan sebagainya.

Perkara seumpama itu bukan sesuatu mustahil kerana urutan membabitkan manipulasi struktur tisu lembut badan secara manual bagi menghilangkan ketidakselesaan, pengecutan otot dan tekanan serta meredakan kesakitan.

Urutan turut merangsang pengeluaran hormon endorfin iaitu sejenis bahan kimia yang membangkitkan rasa gembira dan meningkatkan keyakinan diri. Kita mudah mengalami tekanan dan bahagian tubuh yang sering menerima kesan ialah leher, bahu dan kepala. Ketiga-tiga bahagian ini berkait rapat. Justeru, apabila ‘stress’ kepala akan turut sakit.

Leher dan bahu akan tegang. Jika kita memicit bahagian ini akan terasa seperti ada benjolan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar sekali gus menyebabkan timbulnya migrain dan insomnia. Tekanan dan ketegangan badan banyak bergantung kepada pergerakan anggota itu sendiri. Jika sebelah kiri banyak bergerak, maka bahagian kiri yang banyak mengalami ketegangan. Jika kita sentuh bahagian yang mengalami ketegangan itu, kita akan berasa keras. Jadi untuk melembutkannya urutan perlu dilakukan. Sebaik-baiknya kita mengurut seminggu sekali bagi mengelakkan penyakit seperti insomnia dan keletihan.

Bagi memudahkan urutan dilakukan, minyak khas digunakan kerana berupaya merehatkan minda. Jadi sambil meredakan ketegangan anggota badan, minda juga segar.

Apa itu Refleksologi

Teks: Roslina Ghazali

Refleksologi diperakui berkesan pulihkan sistem badan selain meredakan kelenguhan. Teknik refleksologi mempunyai banyak kelebihan khususnya untuk kesihatan tubuh.

Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik utama yang ada pada tapak kaki seseorang. Semua titik berkenaan mempunyai hubungan dengan organ utama pada tubuh antaranya jantung, paru-paru, ginjal, organ seks dan otak.

Apabila seseorang itu berasa penat dan letih, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh mereka. Justeru, refleksologi adalah jawapannya kerana selain murah, ia juga diakui berkesan, Pasti ada yang bingung memikirkan apa kaitannya urutan kaki dengan kesihatan sistem badan manusia. Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan berkumpul pada kaki, jadi apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan

Apabila teknik urutan kaki dibuat secara berkala misalnya seminggu sekali, kaki yang lenguh juga akan berasa lebih ringan.

Malah, sesiapa yang mengalami masalah tidur juga disarankan melakukan refleksologi kerana selepas sesi urutan, pesakit akan berasa lebih sihat. Mereka juga disarankan supaya meminum air lebih banyak daripada biasa bagi membolehkan toksin yang berkumpul keluar melalui peluh dan air kencing. Bagi mengetahui jika ada masalah pada bahagian organ tubuh seseorang, mereka biasanya akan berasa sakit ketika tekanan lembut dibuat pada bahagian tertentu di tapak kaki.

Rasa sakit menandakan bahagian berkenaan bermasalah. Bagaimanapun, selepas beberapa sesi urutan dibuat, pesakit biasanya akan meneruskan urutan kerana yakin dengan keberkesanan rawatan. Ada yang mengakui selepas mengamalkan refleksologi, badan lebih sihat malah sistem imunisasi juga lebih baik.
Untuk mendaparkan rawatan refleksologi 
hubungi SeriMawar de' beaute n Spa - 
01115623362

Apa itu urutan?

Teks: Roslina Ghazali


Pada dasarnya urutan bererti satu sentuhan berseni kepada tubuh badan atau bahagian yang memerlukan urutan. Sentuhan yang memerlukan sentuhan khusus dan dengan menggunakan tangan, tapak tangan, ibu jari, jari, siku, lutut dan kaki. Urutan juga adalah satu sentuhan yang boleh menghasilkan atau mewujudkan kasih sayang yang bukan sahaja sekadar kata-kata tetapi lebih mendalam dan lebih terasa. Sebab itulah sentuhan lima saat itu lebih berharga dari lima minit kata-kata. Urutan adalah tekanan yang dapat menyeimbangkan tenaga dalam badan, dan membuang angin.


Kaum wanita sering keletihan apa bila melakukan tugas harian dirumah dan dipejabat. Berapa jam wanita berkerja dalam masa satu hari? Ada yang bekerja 8 jam,10 jam atau 12 jam sehari. Ini belum dikira kerja di dalam rumah yang tidak pernah selesai. Apa akibatnya bila semua kerja di lakukan tanpa rehat? Badan kita mula masuk angain dan sakit-sakit. Kenapa boleh sakit di belakang secara tiba-tiba? Ini adalah kerana perut kita kosong dan makan tidak mengira waktu. Gejala angin berlegar di seluruh tubuh. Akibatnya kita sering sakit-sakit walaupun sudah banyak kita makan ubat.Jadi sesekali manjakanlah dan belailah tubuh kita dengan urutan tradisional, Amalkanlah 2 kali sebulan berurut agar kesihatan dalaman kita terjamin.







Petua Untuk Menghilangkan Kulit Muka Berminyak

Teks: Roslina Ghazali

Pilihan 1: Parut buah epal hingga halus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit selepas itu cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

Pilihan 2: Rendamkan beras anggaran 1/2 gelas. Campurkan daun cermai dan ibu kunyit. Kesemua bahan tersebut dikisar bersama. Bersihkan muka terlebih dahulu dan sapukan bahan yang telah dikisar itu setiap kali sebelum anda tidur.

Pilihan 3: Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur.Jika tiada, anda bolehlah gantikan dengan air limau parut. Sapukan campuran bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian, bilas dengan menggunakan air bersih.

Pilihan 4: Ramaskan daun sirih di dalam 1 cawan air. Selepas itu, sapukan air ramasan itu pada seluruh muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu berturut-turut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Pilihan 5: Campurkan tepung dal dengan pati susu, dan sapukan pada muka. Biarkan sapuan itu sehingga kering. Selepas itu bilas muka dengan air bersih. Rendam sehelai tuala kecil ke dalam air suam kemudian perah dan tekapkan ke muka. Setelah itu lap muka anda bersih-bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

Alumni SMTSR

Teks: Roslina Ghazali

Assalamualaikum wbt

Rasanya sudah beberapa minggu saya meninggalkan catatan di blog saya ini. Kesibukan di musim cuti sekolah ini tidak menang tangan dibuatnya. Macam-macam perkara dan aktiviti perlu di uruskan. Menghadiri kursus-kursus sebagai menambah ilmu, menghadiri majlis-majlis perkahwinan jauh dan dekat, menerima tempahan dari pelanggan untuk ber'spa' tidak dapat dielakkan juga di musim-musim begini. Dan yang paling saya suka ialah apabila saya menerima jemputan reunion oleh rakan-rakan sekolah menengah dulu iaitu Sekolah Menengah Tun Sharifah Rodziah atau sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Rodziah, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah.


Inilah sekolahku
Hari ini saya ingin kongsikan kegembiraan saya tika mengadakan majlis reunion ini. Saya dan kawan-kawan mengadakan majlis reunion untuk para pelajar yang menduduki SPM dari tahun 1977 hingga tahun 1984. Bagi saya dan kawan-kawan yang menduduki SPM tahun 1982 bermakna sudah 30 tahun kami terpisah. Sukar di gambarkan bagaimana perasaan saya untuk menanti tibanya hari tersebut. Bermacam-macam perasaan ada hingga malam pun terasa lambat sangat untuk tiba ke siangnya.

Hari yang ditunggu tiba iaitu 16hb.Disember 2013, jam10.00 pagi bertempat di DGCC, Jitra, Kedah. Saya rasa saya yang paling awal tiba iaitu sejam sebelum majlis bermula tapi rupanya ada lagi mereka yang lebih awal tiba. Apa lagi terus saya meluru untuk bertemu. Masing-masing meneka dalam kesamaran, siapa gerangan.


Mereka yang tiba lebih awal
Dalam masa sekejap sahaja ruang cafe telah penuh. Bermacam-macam ragam dan gaya dapat dilihat. Setiap peserta di bekalkan sedikit buah tangan sebagai kenangan. Inilah reaksi di permulaan hari tersebut.

Pendaftaran

pelukan erat melepaskan kerinduan 30 tahun

Puan Hajjah Che Wan selaku Pengelola Majlis
 Majlis hari itu dimulakan dengan ucapan aluan pengelola majlis dan bacaan doa.  Kemudian di susuli dengan potongan pulut kuning oleh rakan yang paling lama berada di SMTSR iaitu Puan Che Embut (SPM1977) dan salah seorang rakan yang menyambut hari lahirnya pada hari tersebut iatu Puan Jamilah.



potongan pulut kuning oleh bekas pelajar paling senior

Adik-adik yang membantu dalam tayangan slide

Sambil menikmati makanan yang disediakan kami di perlihatkan pula tayangan 'slide'. Tayangan 'slide' memaparkan kehidupan persekolahan kami baik disekolah mahupun di asrama. Tayangan tersebut amat menyentuh perasaan dan begitu menghiburkan kami semua. Sambil makan kesempatan bergambar dan bertukar-tukar cerita antara kami semua amat berjalan dalam amat menyeronokkan. Riuh rendah jadinya dengan hilai tawa dan gurau senda..

Asyik menikmati tayangan slide





 Acara kemuncak ialah di mana acara mengimbau kenangan lalu. Kami di pilih secara rawak untuk memilih kad-kad soalan yang di sediakan.Kami perlu menjawab soalan berdasarkan kad yang di pilih. Macam-macam cerita yang diimbau oleh rakan-rakan yang terpilih. Memandangkan sekolah kami semuanya pelajar perempuan, jadi kami tidak kekok melakukan apa sahaja. Apa lagi bagi yang tinggal di asrama. Banyak cerita -cerita lucu dari mereka dan sungguh menyeronokkan.
Salah seorang bekas pelajar yang terpilih untuk bercerita


Bersama bekas pelajar senior yang juga bekas rakan sekerja
Bersama rakan sekelas

Sebelum majlis berakhir, sessi fotografi  di adakan. Sememangnya ini adalah reunion pertama dari kami yang dihadiri oleh lebih 60 orang bekas pelajar. Dan kami merancang untuk  mengadakan lagi untuk kali kedua tahun hadapan di sekolah kami pula.




Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.





Thursday 28 November 2013

jom cantik dan sihat

Teks: Roslina Ghazali


Bagaimana untuk dapatkan rambut sihat dan cantik

Teks: Roslina Ghazali

Tips miliki rambut sihat dan cantik

1. Pastikan rambut anda betul-betul kering sebelum memakai tudung bagi mengelakkan rambut berbuah serta gatal. Kulit kepala yang lembab mendorong pertumbuhan fungus yang menyebabkan kulit kepala gatal.

2. Syampu rambut anda setiap dua kali sehari. Penggunaan syampu yang betul tidak akan merosakkan rambut anda. Seeloknya cuci rambut anda selepas pulang dari kerja kerana ia dapat membersihkan kulit kepala daripada pengumpulan sebum pada liang rambut.

3. Gunakan syampu yang bersesuaian dengan rambut anda.Ada syampu untuk rambut kering, rambut berkelemumur dan rambut berminyak. Pilih mana yang sesuai untuk rambut anda.

4. Ketika menggunakan syampu, urut kulit kepala perlahan-lahan. Ini membantu untuk melancarkan pengaliran darah di bahagian kulit kepala.

5. Pastikan rambut dibilas dengan bersih selepas bersyampu untuk mengelakkan baki buih sabun terus melekat pada rambut kerana ia boleh merosakkan rambut anda.

6. Gunakan perapi rambut untuk memastikn rambut sentiasa lembut , segar dan bermaya.

7. Elakkan penggunaan pengering rambut kerana pemberian haba pada rambut akan menyebabkan rambut rosak dan kering.

8. Minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk rambut lebih sihat dan bermaya.

9. Lakukan senaman setiap hari.

10. Ambil diet tinggi kandungan vitamin antioksidan seperti vitamin A, C dan E. Pengambilan mineral seperti zat besi, sulfur dan iodin dapat membantu menguatkan akar rambut.

Spa ku

Teks: Roslina Ghazali

Assalamualaikum sahabat semua.
Perasan atau tidak kita telah berada hampir ke hujung tahun? Sememangnya masing-masing sibuk bila menjelangnya hujung-hujung tahun sebegini. Macam-macam kita rancang hendak buat. Ada yang sibuk dengan anak-anak yang menduduki SPM, ada yang sibuk dengan tugasan di pejabat, apa lagi yang buat kewangan, hujung tahun mula sibuk tutup akaun. Ada juga yang sibuk plan untuk bercuti bersama keluarga. Yang ada simpanan lebih boleh la ke luar nrgara tapi bagi yang masih kurang simpanan cukuplah sekadar di dalam negeri sahaja. Tempat kita pun tidak kurang hebatnya, bukan? Yang penting anak-anak kita gembira dan kita juga seronok dapat bercuti bersama-sama.

Selain tu ada juga yang sibuk hendak mendirikan rumahtangga. Banyak juga saya terima kad undangan untuk majlis kenduri sejak cuti sekolah bermula. Selain tu ada juga yang minta saya buatkan rawatan spa untuk mereka yang bakal menjadi raja sehari. Saya hendak kongsikan pengalaman seorang customer saya yang mengambil pakej raja sehari pagi tadi. Dia ingin buat rawatan sauna, lulur berempah, mandi bunga terapi doa, rawatan resdung dan facial treatment. Sebelum rawatan tadi, saya lihat dia kerap bersin dan mukanya ada jerawat dan kemerah-merahan. Katanya dia hendak kahwin minggu depan. Pakej yang mengambil masa 3 jam ini berakhir dengan diberi minum jus Gluta Curcuma dari Giffarine. Saya lihat selepas rawatan bersinnya telah berhenti. Yang paling saya gembira dia bagitau saya dia rasa selesa sangat nak bernafas berbanding sebelum rawatan tadi. Dan dia akan datang lagi ke spa saya walau lepas bekahwin nanti. Tiada apa yang menggembirakan saya jika pelanggan saya berpuashati dan perkhidmatan saya di hargai. Saya mendoakan pelanggan saya selamat menjadi raja sehari dan di berkati Allah rukun damai dalam berumahtangga hingga ke akhir hayat.Amin.


scrub/lulur ada berbagai pilihan. Ada lulur rempah, lulur susu, lulur kopi.




SeriMawar de' beaute n Spa sentiasa mengalu-alukan kedatangan para pelanggan. Hubungi 01115623362 untuk temujanji.

Wednesday 27 November 2013

Aquara Essence Spray

Teks: Roslina Ghazali

Apa itu Aquara Essence Spray?

Aquara Essence Spray adalah spray yang paling best sekali sebab kandungan air Aquara ini akan menjadikan mekap tahan lama dan hasil mekap yg licin berkilat macam barbie doll, walaupun botol ini nampak biasa, tetapi hasil mekap nanti, akan dapat effect yg licin, gebu,berkilat,glowing, segar dan tidak nampak bertepung.
tambahan pula dia ada extract bunga lili yang boleh membantu menghilangkan mengantuk, oleh itu, sesiapa yang drive jauh boleh lah simpan satu botol didalam kereta.

CARA GUNA : spray ke wajah sebelum memulakan mekap dan spray sekali lagi apabila selesai mekap, dia ibarat finishing mekap supaya semua mekap dan foundation akan meresap masuk kulit.

Paling penting ianya akan tambahkan lembapan pada kulit kita..

Artis korea dalam cerita "Secret Garden"  pun ada pakai spray ni, anda bila lagi?

Hubungi SeriMawar de' Beaute n Spa jika berminat. 

Petua membina persahabatan

Teks: Roslina Ghazali

Teman atau sahabat memang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita tidak kira dimana kita berada. Akan tetapi, kita kena sentiasa beringat dengan siapa kita bergaul.  Persahabatan yang dijalinkan kerana Allah seharusnya di terapkan dengan kejujuran, kasih sayang dan saling hormat mengormati. Nasihat dan petua dalam membina persahabatan berikut boleh dijadikan panduan.

1. Pilihlah sahabat yang boleh melindungi sahabatnya. Dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kesulitan, dia akan membantu meringankannya.

2. Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan bantuan, ia suka menerimanya dan dengan rasa terharu dianggapnya sangat berguna dan jika ia mengetahui keburukanmu, ia akan menutupinya.

3. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata ia suka membenarkan ucapan dan bukanlah dengan mempercayainya sahaja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat, dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisihfaham dengannya dia akan mengalah demi kepentinganmu.

4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberimu, jikalau engkau diam, dia akan mula menyapamu dahulu dan jika ada sesuatu kesukaran yang menimpa dirimu ia akan membantu dan sentiasa menghiburkanmu.

5.Dalam memilih sahabat, kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat memperjuangkan islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia. Sahabat boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Bersahabatlah kerana Allah untuk mendapatkan keredhaanNYA.

Kenali 4 Makanan Pencetus sakit kepala.

Teks : Roslina Ghazali

Sakit kepala ataupun migrain merupakan jenis penyakit paling umum dan ramai yang menglaminya. Banyak faktor yang boleh mencetuskan sakit kepala seperti sinusitis, stress dan ketegangan mental. Akan tetapi, tahukah anda bahawa pola diet atau pengambilan makanan tertentu juga peyumbang besar terhadap situasi ini.   

1. Minuman beralkohol

Peneliti menyatakan anggur merah mengandungi tyramine dan bahan fitokimia yang mungkin terjadi pencetus sakit kepala. Tyramine bertindak dengan meningkatkan pengaliran darah ke otak hingga menyebabkan sakit kepala pada sesetengah individu. Selain anggur merah, kandungan yang hampir sama terdapat dalam bir, wiski dan anggur yang bertimdak mengurangkan kadar serotonin (hormon yang menenangkan) pada yang akhirnya memicu migrain.

2. Coklat

Coklat berupaya mencetuskan rangsangan migrain disebabkan oleh kandungan tyramine yang terdapat di dalamnya. Coklat juga mengandungi kafein dan feniletilamina yang menyebabkan salur darah mengecut sekaligus menyebabkan sakit kepala.

3. Gula

Gula secara semulajadi amat penting kerana semua tumbuhan dan haiwan menyimpan tenaga dalam bentuk gula.Secara umum gula memiliki nilai tenaga yang sama yakni sekitar empat kalori bagi setiap gram.Secara umum, tidak ramai yang menderita sakit kepala dengan gula. Namun, kes sakit kepala lebih tinggi dikalangan mereka yang intoleran dengan pemanis gantian. Jadi, apabila anda sering sakit kepala atau migrain akibat pola makan atau diet, segeralah berjumpa doktor.

4. Kopi

Kopi mengandungi kafein yang dapat meningkatkan tahap konsentrasi minda. Bagaimanapun jika kerap menikmatinya, kemudian berhenti secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan anda sakit kepala, mudah marah dan gejala yang lain.

Cara Cuci buah dan sayur

Teks: Roslina Ghazali

Jika anda berhasrat mengambil lebih banyak buah dan sayuran segar demi tubuh yang lebih sihat, ada baiknya bermula dengan mengetahui cara mencuci sayur dan buah yang betul. 

Ada banyak cara untuk mencuci buah dan sayuran segar. Samada mencucinya dibawah air yang mengalir. di dalam sinki, menggunakan cuka atau lemon atau memakai sabun khusus yang banyak di pasaran sekarang.

Menurut analisa yang dilakukan, ternyata kaedah merendam sayur dan buah dalam air sejuk memberikan hasil yang tidak berbeza dengan memakai sabun khusus. Malah, jika ditambah dengan menggosok, kotoran dan pestisid lebih mudah di hilangkan.

Selain itu,Gunakan sink yang berlainan untuk mencuci buah dan sayur. Hindari mencuci bahan makanan secara terus di dalam sink kerana kajian menunjukkan sink mengandungi lebih banyak kuman daripada bilik air.

Setelah dicuci bersih, pastikan anda menggunakan landas cincang khusus untuk memotong buah dan sayur yang berbeza dengan papan untuk memotong daging. Perkara ini mampu mengurangkan risiko bakteria.

Petua Untuk Menghilangkan Busuk Hati

teks: Roslina Ghazali

1. Jangan banyak bicara. Kerana, terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, gosip dan lain-lain.

2. Jaga emosi dan nafsu. Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh sebab itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati.

3. Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha, solat malam, dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan mengaji atau membaca al-Qur'an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.

4. Jangan bergaul dengan orang yang ada penyakit hati. Dengan berteman dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati hanya akan menulari kita dengan penyakit itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah s.w.t.

Jus Delima Giffarine

Teks: Roslina Ghazali


Cerita Tentang Buah Delima di dalam Al Quran

Di antara potongan ayat yang terdapat di dalam al quran seperti berikut:,

"Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima," [Surah al Rahman ayat 68].

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. 

Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? 

Sudah tentu jawapannya buah delima mempunyai pelbagai khasiat.

J
US DELIMA GIFFARINE ADALAH YG TERBAIK...




KHASIAT BUAH DELIMA

Teks: Roslina Ghazali

Buah delima memang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita antaranya ialah:

Khasiat Buah delima untuk kesihatan



Buah delima mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung dan alzheimer.

Buah delima dapat Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit koroneri (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.

Buah delima dapat Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).

Buah delima dapat Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.

– Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali menjadi normal.

– buah delima membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.

Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik

Buah delima Sumber nutrisi Sebiji buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.

Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit

sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.
Kandungan gula Buah delima mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.

Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah Ok ….lepas makan buah delima jangan buang kulitnyer ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk…kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh…

Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
Buah delima Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.

Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.

Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.

PETUA HILANGKAN MULUT/NAFAS BERBAU

Teks: Roslina Ghazali

Anda menghadapi masalah mulut berbau / nafas berbau ? Perkara ini memang membuatkan kita berasa malu unuk bercakap dengan orang ramai. Cubalah amalkan mana-mana petua mudah di bawah ini, insyaAllah dapat mengatasi masalah mulut berbau / nafas berbau dengan berkesan.

1) Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separu air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

2) Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga 3/4 tinggi periuk Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarka sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

3)Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam seama 5 minit. Minum air tersebut. Amalkan setiap hari.

4) Ambil beberapa helai daun sirih. Ramas hingga keluar jusnya. Masukkan ke dalam air kosong dan kacau hingga sebati. Tapis dan minum. Amalkan setiap hari.

5)Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam segelas air suam. Biarkan selama 5 minit dan kumur dengan air itu. Amalakan 2 kali sehari setiap hari.

6)Kunyah sebatang kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam.

Testimoni scar serum AylaMyra

Teks:Roslina Ghazali

Ini adalah testimoni yang terkini  bagi pengguna serum produk AylaMyra. 

Tuesday 26 November 2013

Resdung

Apa itu Resdung?

Istilah Perubatan Tradisional
- Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik
- Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.

RESDUNG atau seduan(sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung / hama) yang terus merebak dalam tubuh pesakit.

Percayakah anda resdung adalah penyakit yang berpunca dari parasit demodex atau apa yang dipanggil sebagai ulat resdung. Terdapat kira-kira 44 jenis resdung! Masalah resdung berpunca dari alahan terhadap habuk,debu, pemakanan, pencemaran dan sebagainya. Penyakit resdung boleh membawa MAUT!!!

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung.Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.

Jom dapatkan rawatan resdung di
SeriMawar de' Beaute n Spa - 01115623362 sekarang....

Perbezaan Peptide Dan Stem Cell dari Buah Epal

Nak tahu apa itu Peptide dan apa itu Stem Cell daripada buah epal?
Peptide adalah blok binaan protein merupakan bahan penting dalam produk penjagaan kulit anti-penuaan. Peptide adalah rantaian asid amino yang diikat dengan nitrogen dan karbon. 

Rantaian pendek peptide dapat menembusi epidermis dan menghantar isyarat kepada sel-sel, memberitahu mereka bagaimana untuk berfungsi.Peptide merupakan salah satu rawatan yang paling berkesan dalam membaiki kulit yang rosak dan mengalami penuaan.

Resultnya juga bukan bersifat segera ,ia mengambil masa 4 hingga 12 minggu untuk mendapat kesan yang terbaik.Namun sekiranya anda berhenti mengunakan produk,keputusan akhirnya memang pudar.Cara yang terbaik adalah ketekunan dan konsistensi.Anda harus sentiasa kekal rajin mengunakannya.


Sel stem buah epal mempunyai potensi yang amat besar untuk membaiki tisu yang rosak dan organ-organ. Sel stem mampu memperbaharuinya selnya sendiri dan boleh mengubah sel sendiri kepada sel-sel lain yang berbeza.

Sel stem epidermis adalah penting untuk menambah sel-sel kuliy yang hilang akibat kerosakan.Apabila sel stem epidermis berkurang,bilangan sel-sel kulit yang hilang atau mati melebihi dari pengeluaran sel-sel baru dan mengancam kesihatan dan rupa kulit.

Seperti manusia, tumbuh-tumbuhan juga mempunyai sel stem. Saintis sangat berminat dalam ekstrak sel stem dari pokok epal Uttwiler Spatlauber. Pokok ini pertama kali dikesan pada abad 18 di Canton Thurgau, di utara Switzerland.Ia merupakan epal yang paling tahan lama dimana boleh tahan 4 bulan ,dimana kalau epal jenis lain dah lama berkedut kulitnya.

Ekstrak pokok epal ini dikenali sebagai malus domestica bertindak merangsang proliferasi sel stem manusia, melindungi sel stem terhadap kematian disebabkan cahaya ultraungu, dan mengurangkan penuaan yang berkaitan dengan perubahan dalam gen.


Semoga Info ini dapat memberikan pemahaman yg details mengenai Stem Cell dan Peptide kepada anda.


Jangan takut menjadi tua.


Bila usia melepasi 40-an, adakah anda sudah bersedia menghadapnya?
Kulit semakin jatuh dan mengendur. Keanjalan semakin kurang. Sendi-sendi tulang keletak keletuk bergesel bila bergerak.Ketika usia ini segala penyakit mula bertandang. Namakan,kanser, jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan lain-lain lagi.

Kenalah terima hakikat bahawa tua itu pasti, tua adalah penyakit. Siapa yang dapat meyangkal kerana itu adalah hukum alam. Namun Allah bagi manusia akal untuk berfikir. Allah bagi manusia menerokai sains dan keajaiban alam yang boleh menyembuhkan penyakit dan mencari sumber sumber menyembuhkan penyakit.

Apabila kita malas dan ambil lewa untuk jaga kesihatan bukan kita sahaja yang susah malah menyusahkan keluarga yang terpaksa menjaga kita. Terpaksa mengeluarkan belanja membiayai kita sebagai pesakit.

Sebenarnya hanya satu perkara yang membuat kita sentiasa nampak muda iaitu selalu terapkan sifat
POSITIF dalam diri dan sebolehnya buangkan sifat NEGATIF dalam diri sekiranya ia melanda. Itu adalah petua sebenar kita lambat dimamah usia.

Sifat-sifat
POSITIF yang harus sentiasa ada dalam diri :-

1. Rajin
2. Tidak kedekut
3. Tidak sombong dan selalu merendah diri
4. Sentiasa terap sifat untuk majukan diri.
5. Bersangka baik
6. Pandai tangani tekanan (ambil mudah perkara yang menekan)
7. Ikhlas dan jujur
8. Pemaaf dan memohon maaf
9. Cermin diri
10.Berilmu
11.Tidak ego
12. Tidak gemar merungut
13.Sentiasa menghargai
13.Selalu berterima kasih
14. Tidak hipokrit
15 Tidak memandang buruk pada keburukan
16. Bergaul tanpa mengira kedudukan
17. Ada sifat bersaing
18. Tidak suka menjatuhkan orang lain
19. Selalu ambil yang positif
20. Jauhkan diri pada aura negatif

Dan banyak lagi.

Kita tidak berupaya untuk menjauhi tua kecuali mati. Tetapi kita harus berusaha untuk menjadi sihat. Apabila kesihatan kita dalam keadaan terkawal maka secara langsung kita akan merasa sentiasa muda dan cantik.

Berazam untuk sihat dan cantik harus bermula sekarang tanpa mengira berapa usia anda. Ketika hati sudah menginginkan cantik, maka mulakanlah.

Petua Menggunakan Bedak Sejuk

Bagaimana menggunakan bedak sejuk

1. Bedak sejuk yang terkena air hujan akan berbau dan jika tetap dipakai, ia akan memberi kesan buruk seperti jerawat dan kulit yang kering.

Pemakaian bedak sejuk adalah dengan mengambil beberapa butir bedak sejuk, mengikut agak sendiri dan dicampurkan dengan sedikit air, kemudian disebatikan. Bedak yang lembab itu disapukan pada wajah dan leher. 

2. Sekiranya anda ingin menggunakannya sebagai masker, bedak sejuk perlu digunakan lebih banyak kerana ia akan mengeras di wajah setelah kering. Sekiranya anda ingin menggunakannya sebagai bedak asas seharian, cukup sekadar sebiji atau dua biji bedak sejuk, kerana ia perlu sapuan yang tipis sahaja. 


Kebaikan bedak sejuk ialah jika digunakan di wajah, akan mengelakkan jerawat dan masalah kulit yang lain. Di kampung-kampung, bedak sejuk disapukan pada keluruhan wajah dan tubuh bayi atau kanak-kanak untuk mengelakkan ruam panas atau penyakit kulit yang biasa dialami anak-anak kecil itu.

Pelembab AylaMyra

Untuk kekal muda pelembab wajah sangat penting..
Bila kita semakin meningkat usia, apa nak dihairankan kalau kulit kita gelap,kusam dan tak licin. Selalunya hal mcm ini berlaku kalau kita tidak menjaga kulit kita dari awal. Namun masih belum terlewat untuk ubah semua ini.
Selain penggunaan produk yang tepat anda juga harus bersabar dengan masa. Jangan cincai dalam aspek penjagaan wajah , adakah anda ada set skin care anda sendiri,
Jika anda mampu pastikan anda ada


Pembersih wajah
Penyegar
Serum
Masker
Pelembab
Sun block


Kalau tak ada lengkapkan.


Kalau anda mengunakan sabun tukarlah pada cleansing gel,kerana ia lebih baik dari sabun. Selain dari pentingnya menggunakan toner,tahukah betapa pentingnya juga pemakaian pelembab.

Ada pelembab memang ada sun block. Bagi setengah orang, itu sudah cukup tapi bagi kebanyakan kumpulan yang lain mereka sangat memerlukan tambahan pelembab yang boleh dipakai siang atau malam sahaja.


Aylamyra skin care mengeluarkan 2 jenis 
pelembab terbaru dan sudah berada dipasaran. Saya akan terangkan siapa yang patut mengunakannya dan apakah hasilnya nanti.


Dan tolonglah balik ke dunia realiti tentang apa yang anda selalu
 fikir  iaitu sebaik sahaja habis sebotol pelembab kulit anda putih melepak dan licin bak putih telur.

Produk kita bukan produk magic tapi jika digunakan dengan teratur,konsisten dan berterusan apa yang saya katakan tadi benar-benarerlaku.

Pelembab Aylamyra


Aylamyra Stem Cell Moisturizing gel rm 65

-pelembab siang malam
-gel mudah meresap
-membaharui sel
-mencerah dan melicinkan kulit
-membaiki kulit bermasalah
-awet muda

Aylamyra Skin Repair Cream RM 48
-pelembab malam
-cream putih 
-mencerahkan
-menghilangkan jeragat
-menghilangkan parut 

Aylamyra Concentrate Skin Brightening Cream RM 80
-pelembab malam
-cream orange
-ada VITAMIN C
-ada ARBUTIN
-mencerahkan
-menegangkan kulit
-Awet mudamenghilangkan garis halus dan kedutan

Pilihlah 1 untuk kegunaan anda.


Hubungi SeriMawar de' Beaute n Spa - 01115623362 untuk dapatkan produk.

Khasiat Udang

Kasihan kawan-kawan saya ada yang alergi makan udang. Tetapi tahukah kawan-kawan  udang banyak betul khasiatnya. Antaranya:

• Menjaga kesehatan kardiovaskular (jantung) kerana kandungan asam lemak esensialnya akan menurunkan kolesterol jahat dan mencegah penggumpalan kepingan darah atau ateroskeloris


• Memenuhi keperluan protein dengan asam amino berprofil lengkap yang mudah diserap tubuh


• Sangat sesuai untuk menu diet karena kalori energinya yang rendah


• Memaksimakan berbagai fungsi organ-organ vital tubuh karena berbagai kandungan vitaminnya


• Sebagai antioksidan yang mampu menjaga kesehatan fungsi kekebalan tubuh, anti radikal bebas penyebab 50 macam penyakit degeneratif dan membantu produksi antibodi dengan kandungan selenium yang sangat tinggi


• Membantu bekerjanya lebih dari 70 macam enzim, hormon, dan proses biosintesa dalam tubuh lainnya dengan kandungan zinknya.
• Sangat vital untuk kecerdasan dan pertumbuhan anak dengan tingginya vitamin D, B12 dan Omega 3


• Mencegah penyakit darah rendah (anemia) dan berperan dalam pembentukan sel darah merah karena kandungan besi dan zinc-nya yang tinggi


• Menjaga kesehatan mata dengen kandungan vitamin A


• Menjaga kesehatan kulit dan mencegah penyakit pellagra (kulit burik dan bersisik) dengan kandungan vitamin E (alpha tocopherol) dan niasin yang tinggi


• Menjaga kesihatan tulang, gigi dan sendi dengan kandungan vitamin D, kalsium dan potassium yang tinggi

Kedudukan Jerawat dan Tanda-Tandanya

Tahukah anda  mengenai Kedudukan jerawat dan tanda-tandanya. Di bawah ini ada saya perturunkan sedikit info sebagai panduan.

1. DAHI - Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress kumpulan ini biasanya panas baran. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang cukup dan minum banyak air.

2. HIDUNG - Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi.

3.
DAGU - Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah. 

4. PIPI KIRI - Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. 

5. PIPI KANAN - Fungsi paru-paru mungkin tidak normal. 

6. BADAN (BELAKANG & DEPAN) - Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Jangan minum air terus dari botol

Minum Air dari botol buat wajah berkedut?

Jika anda ingin memiliki wajah awet muda,elakkan minum air terus dari botol minuman.
Kajian klinik kecantikan,reflections di new jersey,amerika syarikat mendapati amalan meminum air dari botol minuman akan menyebabkan kedutan di sekitar bibir indiviu terbabit.
Dr.Mitchell Chasin menerangkan perbuatan tersebut iaitu mengecilkan mulut berulang kali saat minum air dari botol dapat meningkatkan risiko pembentukan garis garis penuaan ditepi bibir.
Justeru itu semua individu disarankan untuk minum minuman yang dituangkan ke dalam cawan atau gelas bagi mengelakkan garis garis penuaan di tepi bibir
“Apabila seseorang di antara kamu minum dan memakan makanan, katakanlah ‘Bismillah’. Apabila lupa pada permulaannya, katakanlah ‘Bismillahi fii awwalihi wa aakhirihi.’” (HR. Abu Dawud dan at-Tirmidzi)

Dari Anas bin Malik r.a beliau mengatakan, “Ketika Rasulullah s.a.w minum beliau mengambil nafas di luar bekas air minum sebanyak tiga kali.” Dan Baginda SAW bersabda, “Hal itu lebih segar, lebih sedap dan lebih nikmat.” Anas mengatakan, “Oleh kerana itu ketika aku minum, aku bernafas tiga kali.” (HR. Bukhari no. 45631 dan Muslim no. 2028)

Falsafah Berpantang

Teks:Roslina Ghazali

Masyarakat Melayu secara turun temurun percaya bahawa aspek penjagaan selepas melahirkan anak adalah penting. Ibu perlu diurus dengan baik dari segi kesihatan dan kebersihan diri, diet pemakanan, emosi dan rohani. Anak yang dilahirkan juga mendapat manfaat daripada ibu yang sihat.

Selesai sahaja melahirkan anak, ibu akan melalui rawatan secara berstruktur yang dipanggil berpantang. Ia berlangsung selama lebih kurang 44 hari atau 6 minggu.

Tumpuan utama rawatan adalah untuk memulihkan organ pembiakan wanita, menyembuhkan luka, membetulkan keadaan rahim dan mengembalikan ketegangan faraj. Orang dulu-dulu percaya jika rahim kendur, wanita akan kelihatan tua dari umurnya.

Dengan gabungan herba-herba tradisional, urutan, diet yang ketat dan penggunaan alatan bantuan seperti bengkung dan rawatan tungku panas, berpantang dapat membantu mengembalikan bentuk badan ibu kepada asal.


Tra
nsformasi Ibu Di Dalam 3 Fasa

Ada 3 fasa yang perlu dilalui oleh ibu semasa berpantang.
 

Di dalam fasa pertama, urutan akan dilakukan ke atas ibu. Urutan yang dikenali sebagai ‘urutan sentuhan’ ini bermanfaat untuk memulihkan kekejangan perut, melegakan otot-otot yang tegang, mengurangkan stres dan menggalakkan tidur yang lena.

Urutan disambung ketika memasuki fasa kedua dan ketiga tetapi teknik urutan adalah berlainan kali ini. ‘Urutan asak’ adalah urutan yang membantu membetulkan kembali rahim ke kedudukan asalnya. Urutan ini kemudiannya memudahkan darah selepas bersalin (darah nifas) keluar dengan teratur, mengeluarkan kotoran di kawasan rahim dan kelangkang, melegakan kembung perut dan sembelit.

Urutan dengan tuaman batu juga diperkenalkan. Ia adalah rawatan khas yang bermula pada hari ke-4 sehingga hari ke-39 kelahiran. Ia bermanfaat untuk melegakan otot-otot yang tegang, memecahkan lemak, mengeluarkan angin dan toksin, mempercepat pengecutan rahim, meleperkan perut dan mengembalikan tubuh badan kepada asal.

Para ibu juga digalakkan mengambil herba-herba tradisional seperti temulawak, temukunci, daun lempoyang, herba tengas dan sebagainya. Herba-herba ini mampu untuk melancarkan peredaran darah, menggalakkan pengeluaran susu ibu, mengeluarkan angin di dalam badan dan mempercepatkan proses pelangsingan.

Pengambilan makanan juga dititikberatkan. Sesuai dengan namanya, ibu-ibu bersalin juga perlu ‘berpantang’ daripada mengambil makanan yang tertentu. Makanan yang ada kandungan air perlu dielakkan kerana ia akan meningkatkan pengekalan air di dalam badan. Oleh itu, makanan yang dipanggang atau dikukus adalah pilihan menu harian semasa berpantang. Makanan laut juga ditegah kerana ia menyebabkan alahan dan melambatkan penyembuhan luka. Makanan yang menyebabkan angin seperti kekacang juga perlu dielakkan.

Mengikut amalan masyarakat Melayu lama, pada hari ke-44 kelahiran, si ibu akan diberi mandi bunga.




Hubungi  SeriMawar de' Beaute n Spa (home n mobile spa) - 01115623362 untuk dapatkan perkhidmatan.