Saturday 21 December 2013

Petua Untuk Menghilangkan Kulit Muka Berminyak

Teks: Roslina Ghazali

Pilihan 1: Parut buah epal hingga halus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit selepas itu cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

Pilihan 2: Rendamkan beras anggaran 1/2 gelas. Campurkan daun cermai dan ibu kunyit. Kesemua bahan tersebut dikisar bersama. Bersihkan muka terlebih dahulu dan sapukan bahan yang telah dikisar itu setiap kali sebelum anda tidur.

Pilihan 3: Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur.Jika tiada, anda bolehlah gantikan dengan air limau parut. Sapukan campuran bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian, bilas dengan menggunakan air bersih.

Pilihan 4: Ramaskan daun sirih di dalam 1 cawan air. Selepas itu, sapukan air ramasan itu pada seluruh muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu berturut-turut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Pilihan 5: Campurkan tepung dal dengan pati susu, dan sapukan pada muka. Biarkan sapuan itu sehingga kering. Selepas itu bilas muka dengan air bersih. Rendam sehelai tuala kecil ke dalam air suam kemudian perah dan tekapkan ke muka. Setelah itu lap muka anda bersih-bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

No comments:

Post a Comment