Saturday 21 December 2013

Urut untuk hilangkan tekanan

Teks: Roslina Ghazali

TEKANAN sering kali dialami kebanyakan kita apa bila bekerja, belajar dan dalam mejalani kehidupan seharian. Beban di tempat kerja yang tiada kesudahan menyebabkan kita mudah sakit kepala, badan terasa lesu dan cepat marah.

Saban hari kita berkerja hingga kadang kala melebihi 12 jam daripada waktu bekerja dan tentunya membuatkan tubuh badan letih serta lemah. Lebih merumitkan lagi sikap kita sendiri yang tidak mengambil berat faktor senaman.

Sebenarnya pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengurangkan tekanan. Ada yang melakukannya dengan beriadah bersama keluarga, bersenam, mengunjungi spa dan cara yang paling senang dan cepat ialah berurut. Kuasa dan keajaiban sentuhan urutan memang tidak dinafikan mempunyai banyak manfaat serta memberi kesan yang begitu mendalam, bukan saja pada fizikal malah minda dan jiwa individu.Urutan jika dilakukan dengan teknik yang betul boleh menurunkan kadar degupan jantung, merendahkan tekanan darah, meningkatkan aliran darah, merehatkan otot-otot dan sebagainya.

Perkara seumpama itu bukan sesuatu mustahil kerana urutan membabitkan manipulasi struktur tisu lembut badan secara manual bagi menghilangkan ketidakselesaan, pengecutan otot dan tekanan serta meredakan kesakitan.

Urutan turut merangsang pengeluaran hormon endorfin iaitu sejenis bahan kimia yang membangkitkan rasa gembira dan meningkatkan keyakinan diri. Kita mudah mengalami tekanan dan bahagian tubuh yang sering menerima kesan ialah leher, bahu dan kepala. Ketiga-tiga bahagian ini berkait rapat. Justeru, apabila ‘stress’ kepala akan turut sakit.

Leher dan bahu akan tegang. Jika kita memicit bahagian ini akan terasa seperti ada benjolan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar sekali gus menyebabkan timbulnya migrain dan insomnia. Tekanan dan ketegangan badan banyak bergantung kepada pergerakan anggota itu sendiri. Jika sebelah kiri banyak bergerak, maka bahagian kiri yang banyak mengalami ketegangan. Jika kita sentuh bahagian yang mengalami ketegangan itu, kita akan berasa keras. Jadi untuk melembutkannya urutan perlu dilakukan. Sebaik-baiknya kita mengurut seminggu sekali bagi mengelakkan penyakit seperti insomnia dan keletihan.

Bagi memudahkan urutan dilakukan, minyak khas digunakan kerana berupaya merehatkan minda. Jadi sambil meredakan ketegangan anggota badan, minda juga segar.

Apa itu Refleksologi

Teks: Roslina Ghazali

Refleksologi diperakui berkesan pulihkan sistem badan selain meredakan kelenguhan. Teknik refleksologi mempunyai banyak kelebihan khususnya untuk kesihatan tubuh.

Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik utama yang ada pada tapak kaki seseorang. Semua titik berkenaan mempunyai hubungan dengan organ utama pada tubuh antaranya jantung, paru-paru, ginjal, organ seks dan otak.

Apabila seseorang itu berasa penat dan letih, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh mereka. Justeru, refleksologi adalah jawapannya kerana selain murah, ia juga diakui berkesan, Pasti ada yang bingung memikirkan apa kaitannya urutan kaki dengan kesihatan sistem badan manusia. Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan berkumpul pada kaki, jadi apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan

Apabila teknik urutan kaki dibuat secara berkala misalnya seminggu sekali, kaki yang lenguh juga akan berasa lebih ringan.

Malah, sesiapa yang mengalami masalah tidur juga disarankan melakukan refleksologi kerana selepas sesi urutan, pesakit akan berasa lebih sihat. Mereka juga disarankan supaya meminum air lebih banyak daripada biasa bagi membolehkan toksin yang berkumpul keluar melalui peluh dan air kencing. Bagi mengetahui jika ada masalah pada bahagian organ tubuh seseorang, mereka biasanya akan berasa sakit ketika tekanan lembut dibuat pada bahagian tertentu di tapak kaki.

Rasa sakit menandakan bahagian berkenaan bermasalah. Bagaimanapun, selepas beberapa sesi urutan dibuat, pesakit biasanya akan meneruskan urutan kerana yakin dengan keberkesanan rawatan. Ada yang mengakui selepas mengamalkan refleksologi, badan lebih sihat malah sistem imunisasi juga lebih baik.
Untuk mendaparkan rawatan refleksologi 
hubungi SeriMawar de' beaute n Spa - 
01115623362

Apa itu urutan?

Teks: Roslina Ghazali


Pada dasarnya urutan bererti satu sentuhan berseni kepada tubuh badan atau bahagian yang memerlukan urutan. Sentuhan yang memerlukan sentuhan khusus dan dengan menggunakan tangan, tapak tangan, ibu jari, jari, siku, lutut dan kaki. Urutan juga adalah satu sentuhan yang boleh menghasilkan atau mewujudkan kasih sayang yang bukan sahaja sekadar kata-kata tetapi lebih mendalam dan lebih terasa. Sebab itulah sentuhan lima saat itu lebih berharga dari lima minit kata-kata. Urutan adalah tekanan yang dapat menyeimbangkan tenaga dalam badan, dan membuang angin.


Kaum wanita sering keletihan apa bila melakukan tugas harian dirumah dan dipejabat. Berapa jam wanita berkerja dalam masa satu hari? Ada yang bekerja 8 jam,10 jam atau 12 jam sehari. Ini belum dikira kerja di dalam rumah yang tidak pernah selesai. Apa akibatnya bila semua kerja di lakukan tanpa rehat? Badan kita mula masuk angain dan sakit-sakit. Kenapa boleh sakit di belakang secara tiba-tiba? Ini adalah kerana perut kita kosong dan makan tidak mengira waktu. Gejala angin berlegar di seluruh tubuh. Akibatnya kita sering sakit-sakit walaupun sudah banyak kita makan ubat.Jadi sesekali manjakanlah dan belailah tubuh kita dengan urutan tradisional, Amalkanlah 2 kali sebulan berurut agar kesihatan dalaman kita terjamin.







Petua Untuk Menghilangkan Kulit Muka Berminyak

Teks: Roslina Ghazali

Pilihan 1: Parut buah epal hingga halus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit selepas itu cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

Pilihan 2: Rendamkan beras anggaran 1/2 gelas. Campurkan daun cermai dan ibu kunyit. Kesemua bahan tersebut dikisar bersama. Bersihkan muka terlebih dahulu dan sapukan bahan yang telah dikisar itu setiap kali sebelum anda tidur.

Pilihan 3: Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur.Jika tiada, anda bolehlah gantikan dengan air limau parut. Sapukan campuran bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian, bilas dengan menggunakan air bersih.

Pilihan 4: Ramaskan daun sirih di dalam 1 cawan air. Selepas itu, sapukan air ramasan itu pada seluruh muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu berturut-turut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Pilihan 5: Campurkan tepung dal dengan pati susu, dan sapukan pada muka. Biarkan sapuan itu sehingga kering. Selepas itu bilas muka dengan air bersih. Rendam sehelai tuala kecil ke dalam air suam kemudian perah dan tekapkan ke muka. Setelah itu lap muka anda bersih-bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

Alumni SMTSR

Teks: Roslina Ghazali

Assalamualaikum wbt

Rasanya sudah beberapa minggu saya meninggalkan catatan di blog saya ini. Kesibukan di musim cuti sekolah ini tidak menang tangan dibuatnya. Macam-macam perkara dan aktiviti perlu di uruskan. Menghadiri kursus-kursus sebagai menambah ilmu, menghadiri majlis-majlis perkahwinan jauh dan dekat, menerima tempahan dari pelanggan untuk ber'spa' tidak dapat dielakkan juga di musim-musim begini. Dan yang paling saya suka ialah apabila saya menerima jemputan reunion oleh rakan-rakan sekolah menengah dulu iaitu Sekolah Menengah Tun Sharifah Rodziah atau sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Rodziah, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah.


Inilah sekolahku
Hari ini saya ingin kongsikan kegembiraan saya tika mengadakan majlis reunion ini. Saya dan kawan-kawan mengadakan majlis reunion untuk para pelajar yang menduduki SPM dari tahun 1977 hingga tahun 1984. Bagi saya dan kawan-kawan yang menduduki SPM tahun 1982 bermakna sudah 30 tahun kami terpisah. Sukar di gambarkan bagaimana perasaan saya untuk menanti tibanya hari tersebut. Bermacam-macam perasaan ada hingga malam pun terasa lambat sangat untuk tiba ke siangnya.

Hari yang ditunggu tiba iaitu 16hb.Disember 2013, jam10.00 pagi bertempat di DGCC, Jitra, Kedah. Saya rasa saya yang paling awal tiba iaitu sejam sebelum majlis bermula tapi rupanya ada lagi mereka yang lebih awal tiba. Apa lagi terus saya meluru untuk bertemu. Masing-masing meneka dalam kesamaran, siapa gerangan.


Mereka yang tiba lebih awal
Dalam masa sekejap sahaja ruang cafe telah penuh. Bermacam-macam ragam dan gaya dapat dilihat. Setiap peserta di bekalkan sedikit buah tangan sebagai kenangan. Inilah reaksi di permulaan hari tersebut.

Pendaftaran

pelukan erat melepaskan kerinduan 30 tahun

Puan Hajjah Che Wan selaku Pengelola Majlis
 Majlis hari itu dimulakan dengan ucapan aluan pengelola majlis dan bacaan doa.  Kemudian di susuli dengan potongan pulut kuning oleh rakan yang paling lama berada di SMTSR iaitu Puan Che Embut (SPM1977) dan salah seorang rakan yang menyambut hari lahirnya pada hari tersebut iatu Puan Jamilah.



potongan pulut kuning oleh bekas pelajar paling senior

Adik-adik yang membantu dalam tayangan slide

Sambil menikmati makanan yang disediakan kami di perlihatkan pula tayangan 'slide'. Tayangan 'slide' memaparkan kehidupan persekolahan kami baik disekolah mahupun di asrama. Tayangan tersebut amat menyentuh perasaan dan begitu menghiburkan kami semua. Sambil makan kesempatan bergambar dan bertukar-tukar cerita antara kami semua amat berjalan dalam amat menyeronokkan. Riuh rendah jadinya dengan hilai tawa dan gurau senda..

Asyik menikmati tayangan slide





 Acara kemuncak ialah di mana acara mengimbau kenangan lalu. Kami di pilih secara rawak untuk memilih kad-kad soalan yang di sediakan.Kami perlu menjawab soalan berdasarkan kad yang di pilih. Macam-macam cerita yang diimbau oleh rakan-rakan yang terpilih. Memandangkan sekolah kami semuanya pelajar perempuan, jadi kami tidak kekok melakukan apa sahaja. Apa lagi bagi yang tinggal di asrama. Banyak cerita -cerita lucu dari mereka dan sungguh menyeronokkan.
Salah seorang bekas pelajar yang terpilih untuk bercerita


Bersama bekas pelajar senior yang juga bekas rakan sekerja
Bersama rakan sekelas

Sebelum majlis berakhir, sessi fotografi  di adakan. Sememangnya ini adalah reunion pertama dari kami yang dihadiri oleh lebih 60 orang bekas pelajar. Dan kami merancang untuk  mengadakan lagi untuk kali kedua tahun hadapan di sekolah kami pula.




Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.