Thursday 28 November 2013

Bagaimana untuk dapatkan rambut sihat dan cantik

Teks: Roslina Ghazali

Tips miliki rambut sihat dan cantik

1. Pastikan rambut anda betul-betul kering sebelum memakai tudung bagi mengelakkan rambut berbuah serta gatal. Kulit kepala yang lembab mendorong pertumbuhan fungus yang menyebabkan kulit kepala gatal.

2. Syampu rambut anda setiap dua kali sehari. Penggunaan syampu yang betul tidak akan merosakkan rambut anda. Seeloknya cuci rambut anda selepas pulang dari kerja kerana ia dapat membersihkan kulit kepala daripada pengumpulan sebum pada liang rambut.

3. Gunakan syampu yang bersesuaian dengan rambut anda.Ada syampu untuk rambut kering, rambut berkelemumur dan rambut berminyak. Pilih mana yang sesuai untuk rambut anda.

4. Ketika menggunakan syampu, urut kulit kepala perlahan-lahan. Ini membantu untuk melancarkan pengaliran darah di bahagian kulit kepala.

5. Pastikan rambut dibilas dengan bersih selepas bersyampu untuk mengelakkan baki buih sabun terus melekat pada rambut kerana ia boleh merosakkan rambut anda.

6. Gunakan perapi rambut untuk memastikn rambut sentiasa lembut , segar dan bermaya.

7. Elakkan penggunaan pengering rambut kerana pemberian haba pada rambut akan menyebabkan rambut rosak dan kering.

8. Minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk rambut lebih sihat dan bermaya.

9. Lakukan senaman setiap hari.

10. Ambil diet tinggi kandungan vitamin antioksidan seperti vitamin A, C dan E. Pengambilan mineral seperti zat besi, sulfur dan iodin dapat membantu menguatkan akar rambut.

No comments:

Post a Comment