Tuesday 26 November 2013

Jangan takut menjadi tua.


Bila usia melepasi 40-an, adakah anda sudah bersedia menghadapnya?
Kulit semakin jatuh dan mengendur. Keanjalan semakin kurang. Sendi-sendi tulang keletak keletuk bergesel bila bergerak.Ketika usia ini segala penyakit mula bertandang. Namakan,kanser, jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan lain-lain lagi.

Kenalah terima hakikat bahawa tua itu pasti, tua adalah penyakit. Siapa yang dapat meyangkal kerana itu adalah hukum alam. Namun Allah bagi manusia akal untuk berfikir. Allah bagi manusia menerokai sains dan keajaiban alam yang boleh menyembuhkan penyakit dan mencari sumber sumber menyembuhkan penyakit.

Apabila kita malas dan ambil lewa untuk jaga kesihatan bukan kita sahaja yang susah malah menyusahkan keluarga yang terpaksa menjaga kita. Terpaksa mengeluarkan belanja membiayai kita sebagai pesakit.

Sebenarnya hanya satu perkara yang membuat kita sentiasa nampak muda iaitu selalu terapkan sifat
POSITIF dalam diri dan sebolehnya buangkan sifat NEGATIF dalam diri sekiranya ia melanda. Itu adalah petua sebenar kita lambat dimamah usia.

Sifat-sifat
POSITIF yang harus sentiasa ada dalam diri :-

1. Rajin
2. Tidak kedekut
3. Tidak sombong dan selalu merendah diri
4. Sentiasa terap sifat untuk majukan diri.
5. Bersangka baik
6. Pandai tangani tekanan (ambil mudah perkara yang menekan)
7. Ikhlas dan jujur
8. Pemaaf dan memohon maaf
9. Cermin diri
10.Berilmu
11.Tidak ego
12. Tidak gemar merungut
13.Sentiasa menghargai
13.Selalu berterima kasih
14. Tidak hipokrit
15 Tidak memandang buruk pada keburukan
16. Bergaul tanpa mengira kedudukan
17. Ada sifat bersaing
18. Tidak suka menjatuhkan orang lain
19. Selalu ambil yang positif
20. Jauhkan diri pada aura negatif

Dan banyak lagi.

Kita tidak berupaya untuk menjauhi tua kecuali mati. Tetapi kita harus berusaha untuk menjadi sihat. Apabila kesihatan kita dalam keadaan terkawal maka secara langsung kita akan merasa sentiasa muda dan cantik.

Berazam untuk sihat dan cantik harus bermula sekarang tanpa mengira berapa usia anda. Ketika hati sudah menginginkan cantik, maka mulakanlah.

No comments:

Post a Comment