Thursday 28 November 2013

Spa ku

Teks: Roslina Ghazali

Assalamualaikum sahabat semua.
Perasan atau tidak kita telah berada hampir ke hujung tahun? Sememangnya masing-masing sibuk bila menjelangnya hujung-hujung tahun sebegini. Macam-macam kita rancang hendak buat. Ada yang sibuk dengan anak-anak yang menduduki SPM, ada yang sibuk dengan tugasan di pejabat, apa lagi yang buat kewangan, hujung tahun mula sibuk tutup akaun. Ada juga yang sibuk plan untuk bercuti bersama keluarga. Yang ada simpanan lebih boleh la ke luar nrgara tapi bagi yang masih kurang simpanan cukuplah sekadar di dalam negeri sahaja. Tempat kita pun tidak kurang hebatnya, bukan? Yang penting anak-anak kita gembira dan kita juga seronok dapat bercuti bersama-sama.

Selain tu ada juga yang sibuk hendak mendirikan rumahtangga. Banyak juga saya terima kad undangan untuk majlis kenduri sejak cuti sekolah bermula. Selain tu ada juga yang minta saya buatkan rawatan spa untuk mereka yang bakal menjadi raja sehari. Saya hendak kongsikan pengalaman seorang customer saya yang mengambil pakej raja sehari pagi tadi. Dia ingin buat rawatan sauna, lulur berempah, mandi bunga terapi doa, rawatan resdung dan facial treatment. Sebelum rawatan tadi, saya lihat dia kerap bersin dan mukanya ada jerawat dan kemerah-merahan. Katanya dia hendak kahwin minggu depan. Pakej yang mengambil masa 3 jam ini berakhir dengan diberi minum jus Gluta Curcuma dari Giffarine. Saya lihat selepas rawatan bersinnya telah berhenti. Yang paling saya gembira dia bagitau saya dia rasa selesa sangat nak bernafas berbanding sebelum rawatan tadi. Dan dia akan datang lagi ke spa saya walau lepas bekahwin nanti. Tiada apa yang menggembirakan saya jika pelanggan saya berpuashati dan perkhidmatan saya di hargai. Saya mendoakan pelanggan saya selamat menjadi raja sehari dan di berkati Allah rukun damai dalam berumahtangga hingga ke akhir hayat.Amin.


scrub/lulur ada berbagai pilihan. Ada lulur rempah, lulur susu, lulur kopi.




SeriMawar de' beaute n Spa sentiasa mengalu-alukan kedatangan para pelanggan. Hubungi 01115623362 untuk temujanji.

No comments:

Post a Comment