Wednesday 27 November 2013

Kenali 4 Makanan Pencetus sakit kepala.

Teks : Roslina Ghazali

Sakit kepala ataupun migrain merupakan jenis penyakit paling umum dan ramai yang menglaminya. Banyak faktor yang boleh mencetuskan sakit kepala seperti sinusitis, stress dan ketegangan mental. Akan tetapi, tahukah anda bahawa pola diet atau pengambilan makanan tertentu juga peyumbang besar terhadap situasi ini.   

1. Minuman beralkohol

Peneliti menyatakan anggur merah mengandungi tyramine dan bahan fitokimia yang mungkin terjadi pencetus sakit kepala. Tyramine bertindak dengan meningkatkan pengaliran darah ke otak hingga menyebabkan sakit kepala pada sesetengah individu. Selain anggur merah, kandungan yang hampir sama terdapat dalam bir, wiski dan anggur yang bertimdak mengurangkan kadar serotonin (hormon yang menenangkan) pada yang akhirnya memicu migrain.

2. Coklat

Coklat berupaya mencetuskan rangsangan migrain disebabkan oleh kandungan tyramine yang terdapat di dalamnya. Coklat juga mengandungi kafein dan feniletilamina yang menyebabkan salur darah mengecut sekaligus menyebabkan sakit kepala.

3. Gula

Gula secara semulajadi amat penting kerana semua tumbuhan dan haiwan menyimpan tenaga dalam bentuk gula.Secara umum gula memiliki nilai tenaga yang sama yakni sekitar empat kalori bagi setiap gram.Secara umum, tidak ramai yang menderita sakit kepala dengan gula. Namun, kes sakit kepala lebih tinggi dikalangan mereka yang intoleran dengan pemanis gantian. Jadi, apabila anda sering sakit kepala atau migrain akibat pola makan atau diet, segeralah berjumpa doktor.

4. Kopi

Kopi mengandungi kafein yang dapat meningkatkan tahap konsentrasi minda. Bagaimanapun jika kerap menikmatinya, kemudian berhenti secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan anda sakit kepala, mudah marah dan gejala yang lain.

No comments:

Post a Comment