Teks: Roslina Ghazali
Teman atau sahabat memang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita tidak kira dimana kita berada. Akan tetapi, kita kena sentiasa beringat dengan siapa kita bergaul. Persahabatan yang dijalinkan kerana Allah seharusnya di terapkan dengan kejujuran, kasih sayang dan saling hormat mengormati. Nasihat dan petua dalam membina persahabatan berikut boleh dijadikan panduan.
1. Pilihlah sahabat yang boleh melindungi sahabatnya. Dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kesulitan, dia akan membantu meringankannya.
2. Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan bantuan, ia suka menerimanya dan dengan rasa terharu dianggapnya sangat berguna dan jika ia mengetahui keburukanmu, ia akan menutupinya.
3. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata ia suka membenarkan ucapan dan bukanlah dengan mempercayainya sahaja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat, dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisihfaham dengannya dia akan mengalah demi kepentinganmu.
4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberimu, jikalau engkau diam, dia akan mula menyapamu dahulu dan jika ada sesuatu kesukaran yang menimpa dirimu ia akan membantu dan sentiasa menghiburkanmu.
5.Dalam memilih sahabat, kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat memperjuangkan islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia. Sahabat boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Bersahabatlah kerana Allah untuk mendapatkan keredhaanNYA.
Kepakaran kami adalah untuk menjadikan wanita-wanita semua cantik,sihat, anggun dan bergaya. Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan spa wajah,resdung, sauna dan urutan tradisional dari SeriMawar de' Beaute n Spa. Juga bermacam-macam produk kecantikan ada di jual di Spa ini. Khidmat rundingan dan nasihat kecantikan di sediakan secara percuma.Kecantikan bukan hanya pada dari luaran sahaja, rawatan dalaman juga perlu di ambil perhatian. Kak Eina sedia membantu anda. Terima kasih.
Wednesday, 27 November 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment