Tuesday 26 November 2013

Perbezaan Peptide Dan Stem Cell dari Buah Epal

Nak tahu apa itu Peptide dan apa itu Stem Cell daripada buah epal?
Peptide adalah blok binaan protein merupakan bahan penting dalam produk penjagaan kulit anti-penuaan. Peptide adalah rantaian asid amino yang diikat dengan nitrogen dan karbon. 

Rantaian pendek peptide dapat menembusi epidermis dan menghantar isyarat kepada sel-sel, memberitahu mereka bagaimana untuk berfungsi.Peptide merupakan salah satu rawatan yang paling berkesan dalam membaiki kulit yang rosak dan mengalami penuaan.

Resultnya juga bukan bersifat segera ,ia mengambil masa 4 hingga 12 minggu untuk mendapat kesan yang terbaik.Namun sekiranya anda berhenti mengunakan produk,keputusan akhirnya memang pudar.Cara yang terbaik adalah ketekunan dan konsistensi.Anda harus sentiasa kekal rajin mengunakannya.


Sel stem buah epal mempunyai potensi yang amat besar untuk membaiki tisu yang rosak dan organ-organ. Sel stem mampu memperbaharuinya selnya sendiri dan boleh mengubah sel sendiri kepada sel-sel lain yang berbeza.

Sel stem epidermis adalah penting untuk menambah sel-sel kuliy yang hilang akibat kerosakan.Apabila sel stem epidermis berkurang,bilangan sel-sel kulit yang hilang atau mati melebihi dari pengeluaran sel-sel baru dan mengancam kesihatan dan rupa kulit.

Seperti manusia, tumbuh-tumbuhan juga mempunyai sel stem. Saintis sangat berminat dalam ekstrak sel stem dari pokok epal Uttwiler Spatlauber. Pokok ini pertama kali dikesan pada abad 18 di Canton Thurgau, di utara Switzerland.Ia merupakan epal yang paling tahan lama dimana boleh tahan 4 bulan ,dimana kalau epal jenis lain dah lama berkedut kulitnya.

Ekstrak pokok epal ini dikenali sebagai malus domestica bertindak merangsang proliferasi sel stem manusia, melindungi sel stem terhadap kematian disebabkan cahaya ultraungu, dan mengurangkan penuaan yang berkaitan dengan perubahan dalam gen.


Semoga Info ini dapat memberikan pemahaman yg details mengenai Stem Cell dan Peptide kepada anda.


No comments:

Post a Comment