Wednesday 20 November 2013

Apa itu cantik?

Wanita memang tidak dapat di pisahkan dengan kecantikan. Semua wanita ingin cantik. Tetapi. tahukah anda apa erti sebenarnya cantik itu? 

Kecantikan sejati datangnya dari hati yang bersih. Hati yang bersih datangnya dari iman yang luhur, yang tidak dicemari dengan perkara-perkara yang kotor yang datang dari sumber yang kotor. Hati yang bersih adalah hati yang mempercayai qada' dan qadar. 

Bila hati kita bersih, kita tidak akan menyampaikan perkara-perkara yang buruk, tidak menyebarkan fitnah, tidak suka melaga-lagakan sesama manusia,, mudah meminta maaf, nampak akan kesalahan diri,suka pada kebaikan, suka bersedekah dan sentiasa berusaha dan bersangka baik sesama manusia.

Orang yang miliki hati yang cantik, akan mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa segala apa jua yang berlaku ada hikmah yang besar berselindung di sebaliknya. Sesiapa juga yang berjaya menghadapi setiap dugaan dengan tabah, ikhlas dan redha, dialah yang paling cantik dan indah di pandangan manusia dan semestinya Allah SWT.  

No comments:

Post a Comment