Wednesday 13 November 2013


  • Pengenalan Diri

Assalamualaikum.
Salam sejahtera dan salam ukhuwah buat semua.

Roslina adalah nama yang diberikan oleh ayah dan ibu saya. Ada yang memanggil saya Ros, Lina dan Ina. Walau apa yang di panggil tapi yang pastinya itulah saya. Saya anak kedua dari 6 beradik, dimana seorang lelaki iaitu abang saya dan yang lainnya semua perempuan iaitu adik-adik saya. Ibu saya seorang surirumah dan ayah saya seorang kakitangan kerajaan. Namun ayah saya telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 2005 akibat kanser. Al Fatihah buat arwah ayah.


Saya seorang isteri kepada 2 orang putera. Di lahirkan pada tahun 1965, di besarkan di Kedah dan mendapat pendidikan di 3 buah sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah. Ini kerana tugas arwah ayah yang sering memintanya untuk bertukar tempat kerja. Menyambung pelajaran di Shah Alam dan dengan sedikit kelayakan yang ada saya dilantik bertugas sebagai penjawat awam pada tahun 1992 di Kuala Lumpur.

Sejak kecil saya memang suka melihat benda yang cantik-cantik dan menarik. Ada yang saya jadikan koleksi. Antara koleksi yang ada pada saya ialah pinggan mangkuk lama yang arwah ayah dapat masa beliau pernah bertugas dulu. Pakaian kahwin ibu juga masih ada dalam simpanan saya. Begitu juga jam tangan dan handphone yang pernah saya gunakan saya jadikan koleksi. Selain stem, matawang asing baru dan lama, sampul duit raya dan aneka kad telefon dan kad kunci hotel saya jadikan koleksi. Selain dari itu saya juga gemar pada bacaan yang berbentuk petua-petua tentang kesihatan dan penjagaan diri, tip-tip kecantikan juga bacaan bercorak ilmiah. Walaupun saya seorang yang tidak pandai memasak tetapi saya suka mengumpul aneka resepi untuk di cuba. Saya juga gemar pergi bercuti bersama keluarga dan menikmati keindahan alam semulajadi.

Kerjaya saya yang bertugas di pejabat dan sentiasa bertemu dengan orang awam membuatkan saya memastikan penampilan saya sentiasa senang mata memandang. Saya gemar pada warna-warna terang dan saya selalunya akan pastikan warna baju, tudung, kasut dan handbag saya pada warna yang sama. Saya tidak memilih jenama tetapi asalkan menarik dan cantik pada mata saya, pasti saya akan beli biarpun murah.
Penampilan saya juga yang mungkin agak lain dari kawan-kawan saya pada waktu itu, membuatkan ada juga yang mula mengikut cara saya. Dan ada yang berminat dengan apa yang saya pakai dan minta tolong belikan, contohnya kasut dan handbag. Juga aksesori2 seperti gelang, jam tangan dan cincin.

Pada usia saya 45 tahun saya telah mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan saya. Saya memilih untuk bersara awal dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Tumpuan saya kini pada anak-anak dan suami dan rumahtangga. Tahun pertama dan kedua memang saya tidak terasa sangat kesunyian tapi bila anak bongsu saya telah mula bersekolah di tahun satu, saya rasa saya perlu lakukan sesuatu untuk hilangkan rasa sunyi saya. Selama tidak bekerja saya cuma dapat berhubung dengan kawan-kawan melalui fb sahaja untuk mengetahui apa yang berlaku. Saya juga sering meminta nasihat rakan-rakan cara untuk mengisi ruang kosong saya sewaktu saya keseorangan.

Satu hari,suami mencadangkan supaya kami sekeluarga pergi mengerjakan umrah. Dan Allah menerima kami menjadi tetamuNya pada Februari 2013. Ini adalah kali kedua saya menjadi tetamu Allah. Kali pertama saya pergi bersama ibu, arwah ayah dan adik-adik. Kesempatan melakukan umrah kali ini saya gunakan sepenuhnya untuk berdoa pada Allah baik di Raudhah dan di depan Kaabah supaya di tunjukkan jalan pada saya, yang terbaik buat diri saya, keluarga saya, saudara-saudara saya, kawan-kawan saya juga masyarakat sekeliling saya.

Saya memang suka membuat rawatan di spa-spa muslimah. Membuat rawatan muka, mengurut juga bersauna memang menjadi rutin saya waktu bekerja dulu. Sekembalinya saya dari mengerjakan umrah terasa ingin sekali ke spa yang selalu saya kunjungi. Tapi kedatangan saya kali ini tidak lagi di sambut oleh orang yang selalu membuat rawatan untuk saya. Rupanya dia sudah berhenti dan di maklumkan telah buka bisnes sendiri di perumahannya. Saya dapatkan nombor telefonnya untuk bertanya khabar. Lama kami berbual, rupanya dia berhenti dan menjalankan rawatan spa dari rumah ke rumah. Rupanya saya yang ketinggalan, dan tidak pernah tahu akan wujudnya bisnes yang sebegini. Dengan bantuan dan tunjuk ajar dari beliau serta kursus yang saya hadiri saya mula membina bisnes saya sendiri. Kini, SeriMawar de' Beauty n Spa (Home And Mobile Spa) baru 3 bulan beroperasi. Syukur Alhamdulillah dengan ilmu pengetahuan yang di perolehi, saya mencuba rawatan pada ahli keluarga saya. Respon dari mereka memberansangkan saya dan membuatkan saya bertambah semangat mencuba pada kawan-kawan dan jiran-jiran.

Saya juga di temukan dengan produk AylaMyra yang saya gunakan untuk rawatan di spa saya. Serum-serum dari AylaMyra amat mendapat sambutan dari para pelanggan. Saya juga gunakan diamond serum untuk muka saya. Jeragat yang mula ketara sudah makin menipis walau baru beberapa bulan saya guna. Ini yang menggembirakan saya kerana jika sebelum ini berbagai-bagai produk di gunakan tetapi tiada berkesan. Saya juga di perkenalkan dengan produk Giffarine. Produk yang di kilangkan di Bangkok dan mempunyai sijil halal dan ada kelulusan KKM dan bebas kimia.Ternyata Jus Granada @ delima dari Giffarine bersama Collagen Plus Giffarine telah menyembuhkan sakit lutut ibu saya. Ibu tidak lagi solat menggunakan kerusi. Hanya bersauna dan minum jus delima di pagi hari dan ambil collagen plus di malam hari, sakit lutut ibu telah baik sepenuhnya. Produk keluaran Giffarine merangkumi dari hujung kepala hingga ke hujung kaki dan harganya juga mesra pengguna. Saya juga menggunakan minyak delima Giffarine @ Granada Oil For Beauty untuk "massage" pelanggan di Spa dan di beri minum Gluta Curcuma C-E drink untuk rawatan dalaman selepas selesai melakukan rawatan di spa saya. 


Kerja yang dilakukan ini tidak menjejaskan tugas saya sebagai isteri dan ibu. Saya boleh bahagikan masa saya sendiri untuk bekerja dan masa untuk menguruskan rumahtangga serta mengambil anak pulang dari sekolah. Suami juga banyak memberi sokongan pada saya. Asalkan rumahtangga teratur dan makan minum "tak miss". Itulah usikan suami saya. Mungkin ini adalah ketentuan dari Allah juga untuk menjana pendapatan sambil mencari pahala untuk di bawa ke dunia yang lebih kekal nanti.

Walaupun begitu, perjalanan saya baru bermula dan masih jauh lagi. Saya perlu melengkapkan diri dengan berbagai lagi ilmu pengetahuan serta teknik-teknik untuk menjalankan spa kecantikan ini. Salah satu langkah adalah dengan menyertai Kelas Asas Blog Untuk Bisnes di bawah tunjuk ajar Puan Anys Idayu Zakaria. Macam mana saya belajar dengannya? Hanya dengan menghadiri kelas secara online. Hebat, kan? Walaupun saya tidak lagi bekerja di pejabat tapi masa saya terisi sepenuhnya. Syukur padaMu Ya Allah telah menemukan aku dengan orang-orang yang baik-baik dan hebat-hebat belaka. 
 
Segala apa yang bakal saya kongsikan di sini nanti diharap dapat menjadi perkongsian yang berguna dan bermanfaat untuk kita semua. In Shaa Allah.


Wassalam.

















No comments:

Post a Comment