Kepakaran kami adalah untuk menjadikan wanita-wanita semua cantik,sihat, anggun dan bergaya. Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan spa wajah,resdung, sauna dan urutan tradisional dari SeriMawar de' Beaute n Spa. Juga bermacam-macam produk kecantikan ada di jual di Spa ini. Khidmat rundingan dan nasihat kecantikan di sediakan secara percuma.Kecantikan bukan hanya pada dari luaran sahaja, rawatan dalaman juga perlu di ambil perhatian. Kak Eina sedia membantu anda. Terima kasih.
Wednesday, 20 November 2013
Untuk kulit segar dan sihat.
Kita semua ingin mendapat kulit segar dan sihat. Tahukah anda caranya? Di sini ada beberapa tips yang dapat membantu anda.
1. Minumlah air suam sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas sehari.
2. Pastikan tidur anda cukup antara 8 hingga 10 jam sehari. Tidur yang tidak mencukupi akan menyebabkan kulit muka akan kusam, berkedut, letih dan sembab. Lupakan segala tekanan kerja dan biarkan tidur anda tidak diganggu oleh apa-apa bebanan fikiran.
3. Pastikan kulit muka anda dicuci dan dibersihkan 2 kali sehari bagi mengekalkan kecantikan wajah. Gunakan pencuci, penyegar dan pelembab muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda.
4. Beriadahlah atau melakukan senaman seperti berjalan kaki, berjogging atau menunggang basikal boleh meningkatkan tenaga dan membantu aliran darah.
Semoga anda akan mendapat kulit dan segar sepanjang hari selepas ini dengan mengikuti tips yang di berikan.
Labels:
Tips Kecantikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment