Tuesday 26 November 2013

Falsafah Berpantang

Teks:Roslina Ghazali

Masyarakat Melayu secara turun temurun percaya bahawa aspek penjagaan selepas melahirkan anak adalah penting. Ibu perlu diurus dengan baik dari segi kesihatan dan kebersihan diri, diet pemakanan, emosi dan rohani. Anak yang dilahirkan juga mendapat manfaat daripada ibu yang sihat.

Selesai sahaja melahirkan anak, ibu akan melalui rawatan secara berstruktur yang dipanggil berpantang. Ia berlangsung selama lebih kurang 44 hari atau 6 minggu.

Tumpuan utama rawatan adalah untuk memulihkan organ pembiakan wanita, menyembuhkan luka, membetulkan keadaan rahim dan mengembalikan ketegangan faraj. Orang dulu-dulu percaya jika rahim kendur, wanita akan kelihatan tua dari umurnya.

Dengan gabungan herba-herba tradisional, urutan, diet yang ketat dan penggunaan alatan bantuan seperti bengkung dan rawatan tungku panas, berpantang dapat membantu mengembalikan bentuk badan ibu kepada asal.


Tra
nsformasi Ibu Di Dalam 3 Fasa

Ada 3 fasa yang perlu dilalui oleh ibu semasa berpantang.
 

Di dalam fasa pertama, urutan akan dilakukan ke atas ibu. Urutan yang dikenali sebagai ‘urutan sentuhan’ ini bermanfaat untuk memulihkan kekejangan perut, melegakan otot-otot yang tegang, mengurangkan stres dan menggalakkan tidur yang lena.

Urutan disambung ketika memasuki fasa kedua dan ketiga tetapi teknik urutan adalah berlainan kali ini. ‘Urutan asak’ adalah urutan yang membantu membetulkan kembali rahim ke kedudukan asalnya. Urutan ini kemudiannya memudahkan darah selepas bersalin (darah nifas) keluar dengan teratur, mengeluarkan kotoran di kawasan rahim dan kelangkang, melegakan kembung perut dan sembelit.

Urutan dengan tuaman batu juga diperkenalkan. Ia adalah rawatan khas yang bermula pada hari ke-4 sehingga hari ke-39 kelahiran. Ia bermanfaat untuk melegakan otot-otot yang tegang, memecahkan lemak, mengeluarkan angin dan toksin, mempercepat pengecutan rahim, meleperkan perut dan mengembalikan tubuh badan kepada asal.

Para ibu juga digalakkan mengambil herba-herba tradisional seperti temulawak, temukunci, daun lempoyang, herba tengas dan sebagainya. Herba-herba ini mampu untuk melancarkan peredaran darah, menggalakkan pengeluaran susu ibu, mengeluarkan angin di dalam badan dan mempercepatkan proses pelangsingan.

Pengambilan makanan juga dititikberatkan. Sesuai dengan namanya, ibu-ibu bersalin juga perlu ‘berpantang’ daripada mengambil makanan yang tertentu. Makanan yang ada kandungan air perlu dielakkan kerana ia akan meningkatkan pengekalan air di dalam badan. Oleh itu, makanan yang dipanggang atau dikukus adalah pilihan menu harian semasa berpantang. Makanan laut juga ditegah kerana ia menyebabkan alahan dan melambatkan penyembuhan luka. Makanan yang menyebabkan angin seperti kekacang juga perlu dielakkan.

Mengikut amalan masyarakat Melayu lama, pada hari ke-44 kelahiran, si ibu akan diberi mandi bunga.




Hubungi  SeriMawar de' Beaute n Spa (home n mobile spa) - 01115623362 untuk dapatkan perkhidmatan.



No comments:

Post a Comment