Ramai wanita mengeluh apabila mempunyai lingkaran hitam bawah mata. Ia boleh muncul jika anda sentiasa
bekerja di hadapan komputer, kekurangan tidur dan nutrisi sekaligus menyebabkan mata letih. Dia sini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk menghilangkan kesan lebam bawah mata. Tidak salah mencuba, bukan?
1. Minum banyak air kosong
Minum banyak air kosong sangat digalakkan untiuk memastikan kesegaran mata terjaga terutamanya jika anda seorang yang aktif.
2. Makan sayuran hijau
Tambahkan sayuran hijau dan makanan yang kaya dengan antioksidan dalam menu harian sekiranya anda kekurangan nutrisi dalam badan.
3. Uncang teh
Rendamkan dua uncang teh selama beberapa minit di dalam secawan air sejuk. Kemudian ambil uncang tadi dan tekapkan pada kedua mata kira-kira 10 minit.
4. Zat Besi, Vitamin C dan Asid Folik
Amalkan makan makanan yang mengandungi tiga elemen ini kerana ia cukup membantu mengurangkan pembentukan lingkaran hitam di mata. Vitamin A amat berguna untuk menajamkan penglihatan.
5. Guna timun atau tomato
Tekapkan hirisan timun atau tomato pada kedua-dua belah mata selama beberapa minit semalaman sebelum anda tidur.
6. Krim, masker dan pelembab
Bersihkan mata terlebih dahulu sebelum menyapu krim pada setiap malam atau ketika sedang beristirehat.
7. Minyak badam
Sapukan minyak badam pada bahagian gelap tersebut setiap pagi dan malam dengan lembut kerana minyak badam bagus untuk melembutkan kulit wajah.
8. Biji buah berangan.
Pengecutan saluran darah di bahagian mata dan hidung menyebabkan lingkaran hitam bawah mata terjadi. Biji buah berangan merupakan herba yang terbaik untuk kesihatan dan membantu melancarkan perjalanan darah pada bahagian mata.
Selamat mencuba.
Kepakaran kami adalah untuk menjadikan wanita-wanita semua cantik,sihat, anggun dan bergaya. Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan spa wajah,resdung, sauna dan urutan tradisional dari SeriMawar de' Beaute n Spa. Juga bermacam-macam produk kecantikan ada di jual di Spa ini. Khidmat rundingan dan nasihat kecantikan di sediakan secara percuma.Kecantikan bukan hanya pada dari luaran sahaja, rawatan dalaman juga perlu di ambil perhatian. Kak Eina sedia membantu anda. Terima kasih.
Tuesday, 26 November 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment